Jumaat, 16 Disember 2011

TANGKI SIMBAH

Tangki Simbah

  • Tangki simbah adalah sejenis kelengkapan yang terdapat di tandas.
  • Fungsi tangki simbah ~ digunakan untuk menyimpan air pada paras tertentu dan kemudian menyimbahnya melalui paip simbah pada tekanan tertentu untuk membersihkan mangkuk tandas.
  • Muatan yang biasa ialah 9 liter.
  • Biasanya tangki simbah sekarang diperbuat daripada plastik ( PVC )
  • Ada 3 jenis mangkuk tandas yang biasa digunakan.


JENIS TANGKI SIMBAH



1.TANGKI SIMBAH ARAS TINGGI

  • Tangki ini digunakan pada tandas jenis cangkung.
  • Tangki ini terletak 2 meter dari aras lantai pada mangkuk tandas
  • Kebiasaannya tangki ini diperbuat daripada PVC. 


2.TANGKI SIMBAH ARAS RENDAH
  • Biasanya tangki simbah jenis ini dibekalkan bersama set mangkuk tandas jenis duduk.
  • Set tandas ini agak menarik kerana dibuat dalam warna yang sama dan terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik.
  • Dipasang 1 meter dari lantai .
  • Tangki simbah jenis ini biasanya diperbuat daripada tembikar atau PVC.


3. TANGKI SIMBAH AUTOMATIK

  • Tangki simbah jenis ini digunakan pada bekas urinal yang biasa terdapat pada tandas awam lelaki.
  • Tangki ini menyimbah air ke bekas urinal secara automatik mengikut masa tertentu.




Khamis, 15 Disember 2011

KEROSAKAN PADA SESENDAL & PELOMPAT

Kerosakan pada sesendal dan pelompat.   \



  • Sesendal dibuat daripada getah. 
  • Sesendal digunakan untuk menutup lubang pada kepala pili supaya air tidak menitis selepas ditutup.
  • Pelompat pula dibuat daripada plastik atau loyang.
  •  Pelompat digunakan untuk menolak atau menaikkan sesendal apabila gandar diputarkan.
  • Kerosakan yang disebabkan oleh sesendal atau pelompat dapat mengakibatkan kebocoran pada pili.
  •  Membaik pulih pili yang bocor dapat dilakukan dengan menggantikan sesendal pada pelompat dengan sesendal yang baru.



Baik pulih kerosakan pili.

1. Membaik pulih kebocoran pili berbibir
2. Membaik pulih kebocoran pili bertiang

Membaik pulih kebocoran pili berbibir

Bahan dan alat yang diperlukan :

·         Sesendal
·         Sepana boleh iaras
·         Pemutar skru rata
·         Sepana hujung terbuka
·         Playar muncung 'tirus'

Langkah kerja.
  • Sebelum memulakan kerja, pastikan punca bekalan air ditutup.
  • Buka nat kepala pili dengan menggunakan sepana boleh laras.
  •  Keluarkan pelompat daripada kepala pili.
  • Tanggalkan sesendal dan gantikan dengan sesendal yang baru.




Membaik pulih kebocoran pili bertiang

Bahan dan alat yang diperlukan :

·         Sesendal
·         Sepana boleh iaras
·         Pemutar skru rata
·         Sepana hujung terbuka
·         Playar muncung 'tirus'

Langkah Kerja
·         Sebelum memulakan kerja, pastikan punca bekalan air ditutup.
·         Tanggalkan pelitup dan skru pemulas dengan menggunakan pemutar skru rata.
·         Buka nat pili.
·         Keluarkan pelompat daripada nat pili.
·         Tukarkan sesendal lama dan gantikan dengan sesendal yang baru.
·         Kemudian pasang semula.