Khamis, 15 Disember 2011

KEROSAKAN PADA SESENDAL & PELOMPAT

Kerosakan pada sesendal dan pelompat.   \



  • Sesendal dibuat daripada getah. 
  • Sesendal digunakan untuk menutup lubang pada kepala pili supaya air tidak menitis selepas ditutup.
  • Pelompat pula dibuat daripada plastik atau loyang.
  •  Pelompat digunakan untuk menolak atau menaikkan sesendal apabila gandar diputarkan.
  • Kerosakan yang disebabkan oleh sesendal atau pelompat dapat mengakibatkan kebocoran pada pili.
  •  Membaik pulih pili yang bocor dapat dilakukan dengan menggantikan sesendal pada pelompat dengan sesendal yang baru.



Baik pulih kerosakan pili.

1. Membaik pulih kebocoran pili berbibir
2. Membaik pulih kebocoran pili bertiang

Membaik pulih kebocoran pili berbibir

Bahan dan alat yang diperlukan :

·         Sesendal
·         Sepana boleh iaras
·         Pemutar skru rata
·         Sepana hujung terbuka
·         Playar muncung 'tirus'

Langkah kerja.
  • Sebelum memulakan kerja, pastikan punca bekalan air ditutup.
  • Buka nat kepala pili dengan menggunakan sepana boleh laras.
  •  Keluarkan pelompat daripada kepala pili.
  • Tanggalkan sesendal dan gantikan dengan sesendal yang baru.




Membaik pulih kebocoran pili bertiang

Bahan dan alat yang diperlukan :

·         Sesendal
·         Sepana boleh iaras
·         Pemutar skru rata
·         Sepana hujung terbuka
·         Playar muncung 'tirus'

Langkah Kerja
·         Sebelum memulakan kerja, pastikan punca bekalan air ditutup.
·         Tanggalkan pelitup dan skru pemulas dengan menggunakan pemutar skru rata.
·         Buka nat pili.
·         Keluarkan pelompat daripada nat pili.
·         Tukarkan sesendal lama dan gantikan dengan sesendal yang baru.
·         Kemudian pasang semula.




3 ulasan:

  1. mane langkah enggantikan sesendal pili aduh!!!

    BalasPadam
  2. El Cortez Casino & Brewery - Mapyro
    El Cortez Casino & Brewery. 97433 S El Cortez Dr, El Cortez, NM. 전주 출장샵 87433 정읍 출장마사지 US. 양주 출장마사지 Map. El Cortez Casino & Brewery is a 오산 출장마사지 place where locals and visitors alike alike can feel at 동해 출장마사지

    BalasPadam